Friday, November 5, 2010

temuramah

Bagi memenuhi kehendak tugasan yang diberi, saya telah menemuramah salah seorang guru (JQAF) yang mengajar matapelajaran bahasa arab di salah sebuah sekolah dalam daerah (Sarikei). Beliau adalah seorang guru  lelaki yang berusia 33 tahun. Biografi pendidikan beliau menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengajar matapelajaran bahasa arab . Beliau telah memperolehi sijil menengah ugama, sijil tinggi ugama pondok, selain daripada itu, beliau juga memperolehi diploma syariah islamiah di ( MADIWA) , ijazah syariah islamiah di universiti al azhar mesir. Bagi memantapkan kerjaya beliau sebagai seorang guru bahasa arab, beliau mengambil kelayakan ikhtisas di Maktab Perguruan Batu Lintang.
Pengalaman beliau sebagai pendidik bermula sebagai guru pelatih (jQAF). Kemudian ditempatkan di sekolah pedalaman, Kini berkhidmat di salah sebuah sekolah di daerah Sarikei dan mengajar bahasa arab komunikasi.


Menurut pandangan beliau, sukatan pelajaran bahasa arab sekolah rendah perlu dikemaskini lagi, ini disebabkan hanya segelintir saja daripada murid-murid yang dapat menguasai kemahiran ini. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, murid-murid perlu mengetahui kaedah-kaedah  ilmu qawaid terlebih dahulu.
Selain daripada itu, murid-murid perlu memahami dan mengenali kata kerja lampau, kata kerja sedang, kata kerja perintah dan huruf- huruf. Ramai murid masih belum dapat membezakan perkara tersebut. ayat-ayat yang dibina tidak sempurna kerana struktur ayat tidak betul.
Murid-murid perlu membezakan bunyi huruf dengan betul. Ini disebabkan masih terdapat murid-murid yang kesamaran dalam penulisan berdasarkan bunyi. Walaubagaimanapun, kemahiran menulis amat sesuai.



Dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran bahasa arab di sekolah, beliau menghadapi karenah murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu melayu, melanau, iban dan cina. Justeru itu segala masalah, kesukaran serta cabaran mengajar mereka dalam matapelajaran bahasa arab memang tidak dapat dinafikan lagi .
Kebanyakan murid hanya belajar dan mengenali bahasa arab di sekolah saja dan tidak ada kesinambungan di rumah.

Muri-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya dalam bahagian qawaid .

Selain daripada itu, murid-murid masih ragu-ragu dan tidak berkeyakinan untuk menyusun ayat supaya menjadi ayat yang sempurna.
Demikian juga dalam bahagian ejaan, murid-murid belum dapat menguasai untuk membezakan bunyi huruf berdasarkan bunyi makhraj huruf yang betul.
Dalam penyusunan ayat, terdapat unsur-unsur percampuran bahasa ibunda mereka, Kesukaran ini amat jelas kerana murid  membina ayat berdasarkan bahasa harian.

No comments:

Post a Comment