Wednesday, November 17, 2010

penghargaan

penghargaan

Tugasan ini dilaksanakan sebagai salah satu daripada penilaian untuk bahagian tugasan individu 30% bagi Program Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah di (OUM) yang diikuti untuk kursus HBAL 3203: Kemahiran Menulis Bahasa Arab. Antara lain, program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan serta dapat mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam konteks pendidikan.

Terima Kasih dan penghargaan  kepada pensyarah pembimbing kursus ini, al-ustaz zamri bin rejab, atas segala bimbingan, sokongan dan nasihat yang diberi secara berterusan dalam melaksanakan tugasan ini. Penghargaan terima kasih juga  kepada al-ustaz mohamad saufi dan al-ustaz mohamad ezani  di atas bantuan dalam menjayakan tugasan ini.

Buat rakan-rakan sekuliah, terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Semoga dengan keprihatinan ini memberikan berkat berpanjangan kepada kita. Akhir kalam, semoga kita akan menjadi pendidik yang berkualiti di dalam memberikan sumbangan serta melaksanakan agenda pendidikan buat anak-anak bangsa sehingga melahirkan insan-insan cemerlang, gemilang dan terbilang...amin

Monday, November 8, 2010

bibliografi

Komitmen yang tinggi dan bimbingan yang berterusan daripada guru-guru akan memantapkan  usaha meningkatkan kualiti pendidikan bahasa arab di Malaysia agar terus relevan dengan perkembangan semasa serta menjadi matapelajaran yang diminati dan disukai oleh murid-murid terutamanya di Sarawak ini yang masih pekat dengan bahasa ibunda mereka. Selain daripada itu, usaha murni dalam memantapkan penguasaan matapelajaran bahasa arab dalam kalangan murid-murid sekolah rendah diperhebatkan dengan bantuan buku-buku panduan, bahan bantu mengajar yang disediakan dan kursus-kursus pemantapan kepada guru-guru. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat melahirkan generasi murid-murid yang celik dan memahami bahasa arab yang mana merupakan tunjang bahasa al-quran dan sumber syariat islam.


RUJUKAN

Misbah Khairuddin & Mohamad Sabirin ( 2009 ). Panduan Praktis Percakapan Bahasa Arab. Semarang: Pustaka Nuun

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Panduan Pelaksanaan Model dan Model Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran, Pembelajaran dan Kurikulum Tahun 5 jQAF. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran, Pembelajaran dan Kurikulum Tahun 1 jQAF. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Buku Panduan Pelaksanaan  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab jQAF Tahun 1. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-Guru jQAF Tahun 2006. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Friday, November 5, 2010

temuramah

Bagi memenuhi kehendak tugasan yang diberi, saya telah menemuramah salah seorang guru (JQAF) yang mengajar matapelajaran bahasa arab di salah sebuah sekolah dalam daerah (Sarikei). Beliau adalah seorang guru  lelaki yang berusia 33 tahun. Biografi pendidikan beliau menggambarkan bahawa beliau merupakan seorang yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengajar matapelajaran bahasa arab . Beliau telah memperolehi sijil menengah ugama, sijil tinggi ugama pondok, selain daripada itu, beliau juga memperolehi diploma syariah islamiah di ( MADIWA) , ijazah syariah islamiah di universiti al azhar mesir. Bagi memantapkan kerjaya beliau sebagai seorang guru bahasa arab, beliau mengambil kelayakan ikhtisas di Maktab Perguruan Batu Lintang.
Pengalaman beliau sebagai pendidik bermula sebagai guru pelatih (jQAF). Kemudian ditempatkan di sekolah pedalaman, Kini berkhidmat di salah sebuah sekolah di daerah Sarikei dan mengajar bahasa arab komunikasi.


Menurut pandangan beliau, sukatan pelajaran bahasa arab sekolah rendah perlu dikemaskini lagi, ini disebabkan hanya segelintir saja daripada murid-murid yang dapat menguasai kemahiran ini. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, murid-murid perlu mengetahui kaedah-kaedah  ilmu qawaid terlebih dahulu.
Selain daripada itu, murid-murid perlu memahami dan mengenali kata kerja lampau, kata kerja sedang, kata kerja perintah dan huruf- huruf. Ramai murid masih belum dapat membezakan perkara tersebut. ayat-ayat yang dibina tidak sempurna kerana struktur ayat tidak betul.
Murid-murid perlu membezakan bunyi huruf dengan betul. Ini disebabkan masih terdapat murid-murid yang kesamaran dalam penulisan berdasarkan bunyi. Walaubagaimanapun, kemahiran menulis amat sesuai.



Dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran bahasa arab di sekolah, beliau menghadapi karenah murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu melayu, melanau, iban dan cina. Justeru itu segala masalah, kesukaran serta cabaran mengajar mereka dalam matapelajaran bahasa arab memang tidak dapat dinafikan lagi .
Kebanyakan murid hanya belajar dan mengenali bahasa arab di sekolah saja dan tidak ada kesinambungan di rumah.

Muri-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya dalam bahagian qawaid .

Selain daripada itu, murid-murid masih ragu-ragu dan tidak berkeyakinan untuk menyusun ayat supaya menjadi ayat yang sempurna.
Demikian juga dalam bahagian ejaan, murid-murid belum dapat menguasai untuk membezakan bunyi huruf berdasarkan bunyi makhraj huruf yang betul.
Dalam penyusunan ayat, terdapat unsur-unsur percampuran bahasa ibunda mereka, Kesukaran ini amat jelas kerana murid  membina ayat berdasarkan bahasa harian.

pendidikan bahsa arab

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, berketrampilan, beramal soleh, beradab, dan berakhlak mulia berdasarkan al-quran dan as-sunnah sebagai hamba dan khalifah allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. Projek (J.Q.A.F) merupakan sebahagian daripada usaha khusus kearah memenuhi matlamat murni itu.
(J-Q.A.F) adalah projek pengukuhan dalam pendidikan islam. Projek ini berfokus kepada Jawi, al-quran, Bahasa Arab dan kewajiban agama di sekolah-sekolah. Turut memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus antaranya dalam Bahasa Arab
Objektif projek ini antaranya membolehkan semua murid mempelajari Bahasa Arab di peringkat awal persekolahan. Dengan tercetusnya idea mewajibkan bahasa arab kepada semua murid islam di sekolah kebangsaan, bahagian kurikulum pendidikan islam dan moral, bahagian pendidikan islam, kementerian pelajaran malaysia telah mengorak langkah menggubal model-model alternatif yang difikirkan perlu atau sesuai  bagi tujuan pelaksanaan program (J.Q.A.F). Oleh yang demikian itu, program tersebut dijalankan hendaklah berpandukan kepada bahan-bahan terutamanya modul-modul yang berkaitan.
Projek ketiga, program bahasa arab: buku panduan pelaksanaan bahasa arab dan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa arab. Dalam buku panduan dan modul pengajaran tersebut terdapat sukatan pelajaran bahasa arab yang merangkumi kemahiran menulis bagi memudahkan guru mengajar matapelajaran tersebut. mengajar matapelajaran bahasa arab dalam kalangan murid-murid yang bukan bahasa ibundanya turut mendatangkan cabaran kepada guru-guru. kebanyakannya disebabkan oleh ketidakfahaman mereka dalam berbahasa asing selain dari bahasa ibunda mereka.